Testimonies
NAME – Saras Madhi Age – 32 years
HUSBAND – Mathialagan
Married with 5 children between the ages of 14 to 6
Saya duduk di kawasan Jinjang. Saya mula mengenali Yesus dalam tahun 1998 apabila dua orang saudari datang ke rumah sakit untuk berdoa untuk anak saya. Yesus membebaskan anak perempuan saya dari penyakit nya. Para doktor mengatakan bahawa anak saya tidak bolih disembuhkan dan mereka telah melepaskan tangan. Pada masa itu sekeluarga saya mendoakan dewi-dewi Hindu. Kami juga mengendalikan sa buah kuil.
Kami juga hidup dalam kehidupan berdosa. Pada tahun 2003 anak sulung saya, yang berumur 10 tahun ketika itu, selalu pergi ke gereja dengan kawan-kawan nya. Pada tahun 2004 saya dan anak-anak saya bermula pergi ke gereja. Tetapi suami saya masih enggan pergi ke gereja.
Semasa ibadat hari Jumaat (Healing & Deliverance Service), saudara-saudari Kristian berdoa untuk saya. Saya memberitahu kepada mereka yang berdoa bahawa saya dirasuki olih roh jahat yang sentiasa mengganggu saya. Selepas didoakan, saya, keluarga saya dan saudara mara mengalami berbagai masaalah. Saya tidak dapat tidur pada waktu malam dan selalu naik marah. Selepas didoakan berkali-kali, segala roh jahat meninggalkan saya. Melalui doa seisi keluarga saya menerima Yesus sebagai Penyelamat
Pada 28 hb September 2005, keluarga saya dibaptiskan. Ini adalah suatu keajaiban di kehidupan saya. Walaupun sesisi keluarga saya telah melalui kelas bimbingan khas untuk baptisme, kami tidak bercadang untuk dibaptiskan pada hari itu. Kami hanya pergi supaya dapat lihat bagaimana upacara baptisme ini dijalankan. Semasa disana, apabila paderi memanggil orang-orang yang bersedia untuk dibaptiskan, suami saya tampil ke hadapan, dan kami seisi keluarga mengikut nya. Ini adalah suatu keajaiban yang saya tidak dapat terangkan.
Sekarang kami sedang beribadat bersungguh-sungguh di gereja Community of Praise Taman Wahyu. Tuhan saya telah melakukan banyak keajaiban dalam kehidupan kami dan saya sentiasa bersyukur kepada Nya.
March 25 2009 09:21 am


